Search

Pada suatu hari, selepas solat isyak, ketika melan...

  • Share this:

Pada suatu hari, selepas solat isyak, ketika melangkah keluar dari sebuah surau (akulah lelaki beriman akhir zaman kononnya!), tiba tiba muncul Pakcik Abu Nisfuyang agak anti dengan ‘kefahaman’ ugama aku mulai menunjukkan kefahaman ugama beliau dengan menegur aku secara terbuka di tempat terbuka:

“huh, cakap berapi-api suruh orang ikut sunnah Nabi dari arab, tapi diri sendiri pakai baju macam orang India”

Lebih kurang begitulah teguran yang membina dari Pakcik Abu Nisfu yang berbaju melayu cekak musang dan berkain pelekat cap gajah duduk kepadaku…

Aku merenung diri sendiri, benar!, pakaian yang aku pakai adalah seakan jubah yang labuh hingga ke lutut, mirip dengan baju yang di pakai oleh Shahrukh Khan ketika bagi makan kepada burung merpati di waktu awal pagi di tepi sawah demi memikat hati mertua a.k.a ayah kajol dalam filem “Dilwale Dulhania La Jangge”..

Hmmm.., tak baik bergaduh dengan orang tua yang memakai kain pelakat cap gajah duduk, bisik hati kudusku, walaupun hakikatnya kain pelakat berasal dari Thondai Mandalam, kawasan timur laut Tamil Nadu di India - (rujuk filem tamil, heronya bergaduh pakai kain pelekat apa?!)

Namun sebagai seorang bersopan santun dalam cerita ini, aku mengambil keputusan untuk menghormati orang yang lebih tua dengan bercakap secara lemah lembut sambil minum air teh yang di sediakan oleh AJK surau setelah penat membaca yassin di malam jumaat..

Sambil hirup air, aku pun bercerita sejarah asal kain pelikat yang datang dari Pedagang-pedagang India yang menjual di Melaka.

Oleh sebab kain itu berasal dari Palaiyakat India, orang melayu kitapun namakan kain sarung itu sebagai kain pelekat. Now you know.

Maka aku bagitahu pakcik Abu Nisfu itu akan ada orang kita yang kebanyakkannya selesa bersolat dengan guna kain pelekat tanpa pakai seluar dalam, termasuklah saya dan pakcik, lalu bila tiba time sujud, maka telur akan jelas kelihatan dari belakang yang sungguh buruk rupanya dan boleh menggangu kekusyukkan jemaah lain, apatah lagi jika telur lanjut mencecah lutut, maka bila saya kenakan pakaian yang labuh ‘macam’ sunnah Nabi ini, maka pakaian saya itu akan menutup telur zakar saya yang labuh tu pakcik, dan pakcik yang jauh lebih tua dari saya dan mempunyai telur zakar yang jauh lebih labuh dari saya, lalu bila pakcik bersujud, maka baju melayu cekak musang pakcik gagal memainkan peranannya lalu terdedahlah telur pakcik yang melintang lalu membujur patah (aku tambah) dan saya tengok ramai budak budak ketawa tengok telor pakcik, lepas tu bila dah habis solat pakcik marah budak budak buat bising dalam masjid rumah Allah, sedangkan pakcik tak tahu bahawa telor zakar pakciklah punca ilham kenakalan budak budak tu.. ha ha ha!

Dan bila pakcik marah kat budak budak tu kerana buat bising dan main main dalam masjid tempat ibadat, kira betulah tu, sebab Masjid tempat ibadat, mana boleh main-main!, tapi tahukah pakcik bahawa dunia ini juga adalah tempat ibadat, tapi siapakah nak tolong ‘marah’ bila kita main main kat dunia ini?

Hah! Orang yang pakai baju macam orang ‘India’ tu lah pakcik…, dan apa yang saya belajar, pakaian sunnah adalah labuh hingga ke lutut, dan kain bawah tidak lebih dari buku lali dan tak elok mencecah hingga ke tumit kaki, orang tua lama lama di India cintakan sunnah nabi lalu jadikan pakaian sunnah sebagai pakaian kebangsaan mereka yang di namakan ‘kurta’, jadi timbul salah faham orang melayu yang berkain pelekat dengan menyangka kurta dari India sedangkan kain pelekat adalah berasal dari India lah deii..

Dan jika pakcik Abu Nisfu nak tahu apakah perbezaan antara kain pelakat cap gajah duduk dengan gajah betul adalah, arggg, malas nak melucah di malam jummat begini… sekian.

(Cerita sini, habis sini!)

Ps: Selepas aku melucah kisah gajah duduk dengan Pak Abu Nisfu, terus Pak Abu Nisfu ketawa berdekah dan mulai hari itu, terus jadikan aku sebagai rakan kedai kopi belanja teh Tarik sambil mendengar cerita tentang sains dan agama, Woha!

(diolah semula dari buku Semusim Di Syurga)


Tags:

About author
not provided